fbpx

Pemuda didakwa sebabkan kematian rakan Henry Gurney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH yang kini berusia 21 tahun didakwa menyebabkan kematian rakannya, Che Ku Rizal, empat tahun lalu.

MELAKA – Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan pelatih di Sekolah Henry Gurney (SHG), empat tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Daniel Akmal, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan, 19, dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 4.50 petang hingga 5.50 petang di Blok Hang Tuah, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas dalam daerah Melaka Tengah pada 28 Januari 2020.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan hendaklah dikenakan denda mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom tidak menawarkan sebarang jaminan kerana pertuduhan berkaitan dengan kehilangan nyawa manusia.

Peguam Shareveen Krishnan yang mewakili tertuduh bagaimanapun hanya meminta suatu tarikh untuk serahan dokumen.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Azaraorni memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh 2 September depan untuk sebutan semula dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI