fbpx

Olimpik Paris: Tang Jie-Ee Wei mampu ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG Jie-Ee Wei bakal membuat perhitungan dengan Won-ho dan Na-eun pada suku akhir untuk merebut tempat ke separuh akhir. - AFP

PELUANG beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke pentas separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 dianggap bukan satu misi mustahil memandangkan aksi positif dipamerkan di peringkat kumpulan.

Gandingan No. 9 dunia itu menyinar di Paris apabila muncul selaku juara Kumpulan D dengan mencatat kemenangan bersih dalam tiga perlawanan sekali gus bakal menentang gandingan nombor lapan dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Jeong Na-eun, di peringkat kalah mati esok.

Sekiranya melepasi halangan Won-ho-Na-eun, beregu negara akan bertemu pemenang beregu utama Korea Selatan, Seo Seung-jae-Chae Yu-jung atau wakil tunggal Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet di pentas separuh akhir.

Berdasarkan rekod pertemuan, Tang Jie-Ee Wei mempunyai kelebihan apabila memenangi dua aksi terakhir daripada tiga perlawanan ke atas Won-ho dan Na-eun.

Bagaimanapun, Ee Wei enggan terlalu gembira dengan rekod kemenangan bersih mereka di peringkat kumpulan dan mahu mempersiapkan diri mereka pada tahap terbaik sebelum turun di pentas suku akhir.

“Buat masa ini, kami hanya mahu percaya pada diri sendiri dan tidak mahu terlalu yakin. Oleh kami hanya mampu memberikan terbaik menjelang perlawanan seterusnya,” kata Ee Wei.

Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei yang membuat penampilan pertama di Olimpik mara ke suku akhir sebagai juara Kumpulan A selepas mengejutkan Yan Zhe-Dong Ping, selain menewaskan Terry Hee-Jessica Tan dari Singapura dan Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI