fbpx

Olimpik Paris: Nadal beri gambaran ‘gantung’ raket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL tewas straight-set menentang Djokovic dalam pertemuan kali ke-60 antara kedua mereka di pentas Sukan Olimpik kali ini. - AFP

PARIS – Bintang tenis dunia, Rafael Nadal mengakui dia akan memutuskan mengenai masa depannya sebaik berakhir Sukan Olimpik Paris 2024 sejurus kekalahan straight set kepada seteru lamanya, Novak Djokovic lewat malam kelmarin.

Impian Nadal untuk menambah koleksi pingat di Sukan Olimpik Paris gagal terlaksana apabila dia tumpas 6-1, 6-4 dalam pertembungan ke-60 dengan Djokovic.

Bagaimanapun, Nadal masih mempunyai peluang untuk berjuang memburu emas di Olimpik bersama-sama bintang muda Sepanyol, Carlos Alcaraz dalam acara berpasukan di Roland Garros

“Apabila kejohanan ini tamat, saya akan mengambil keputusan yang perlu berdasarkan perasaan dan keinginan saya. Bagi sesetengah pihak ia tidak masuk akal, saya menderita selama dua tahun.

“Jika saya rasa saya tidak mampu lagi bersaing, saya akan membuat keputusan untuk berhenti. Saya hanya mencuba yang terbaik setiap hari, cuba menikmati perlawanan di sini,” kata Nadal.

Pada tahun ini, Nadal hanya beraksi tujuh kejohanan selepas dibelenggu kecederaan dan mengakui pada usia 38 tahun dia tidak mempunyai ‘kaki’ seperti 20 tahun yang lalu.

Sebagai rekod, pemain terbaik Sepanyol itu yang pernah meraih pingat emas Olimpik 2008 dan beregu di Olimpik Rio 2016 serta memenangi gelaran Grand Slam terakhir di Terbuka Perancis dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Nadal yang pernah menjadi pemain No. 1 jatuh ke tangga 161 dunia dan pada Mei lalu, dia tersingkir awal di Terbuka Perancis dan membuat keputusan untuk memberi tumpuan di Sukan Olimpik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI