fbpx

Olimpik Paris: Aaron-Wooi Yik mahu lebih ‘tajam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-Wooi Yik akur untuk sekadar muncul naib juara Kumpulan A selepas tewas pada aksi terakhir menentang pasangan China. - OCM

BEREGU lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bertekad untuk menukar warna pingat di Sukan Olimpik Paris 2024, tetapi mereka mengakui perlu lebih ‘tajam’ ketika turun bersaing di peringkat suku akhir pada Khamis nanti.

Pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A, Aaron-Wooi Yik tidak memberikan persembahan cukup solid apabila tumpas di tangan gandingan No. 1 dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang 20-22, 14-21 awal pagi semalam.

“Kami menikmati perlawanan dan bermain tanpa tekanan. Kami anggap ini sebagai perlawanan latihan kerana kami masih ada beberapa lagi perlawanan yang akan diharungi.

“Sudah tentu kami berharap untuk mendapat warna pingat yang berbeza (selepas meraih pingat gangsa di Tokyo), tetapi kami perlu fokus satu demi satu perlawanan,” kata Aaron.

Bagi Wooi Yik, dia dan rakan sepasukanya itu akan ambil kekalahan tersebut sebagai pengajaran berguna untuk mempersiapkan diri dengan aksi yang lebih sempurna di peringkat kalah mati.

“Ketika berdepan beregu China tersebut, kita meletakkan kepercayaan kepada permainan yang kita bawa itu mampu menandingi mereka. Tetapi, apa yang saya lihat kita perlu lebih tajam lagi selepas ini kerana bila berdepan pemain yang terbaik dunia bukan kekuatan sahaja penting tetapi taktikal juga perlu.

“Jadi, saya dan Aaron perlu melakukan persiapan ke arah itu kerana perlawanan di peringkat suku akhir adalah perlawanan pusingan kalah mati, jadi kita perlu lebih fokus,” kata Wooi Yik.

Kekalahan ke atas China tersebut meletakkan gandingan negara itu sebagai naib juara Kumpulan A selepas sebelum ini menundukkan pasangan ranking No. 32, Dong Adam-Nyl Yakura dari Kanada dan juga pasangan No. 18 dunia, Sean Vendy-Ben Lane dari Great Britain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI