fbpx

Nyamuk jantina ‘keliru’ hapuskan denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kajian mendapati menghasilkan nyamuk interseks iaitu jantan yang mempunyai gen kedua-dua jantina mampu dijadikan pendekatan mengawal populasi nyamuk dan penyakit denggi.

PENYELIDIK dari Virginia Tech, Amerika Syarikat telah menemui cara baharu untuk mengawal populasi nyamuk dan berpotensi menawarkan alternatif kepada racun serangga.

Kajian mereka memberi tumpuan kepada asas genetik ‘ketidakserasian spesies’ dengan mengkacukkan spesies Ae. aegypti, vektor penyakit arboviral global utama dan Ae. mascarensis, dari Lautan Hindi.

Menurut penyelidik, apabila keturunan disilangkan kembali dengan satu induk, kira-kira 10 peratus daripada keturunan menjadi interseks dan tidak dapat membiak.

Para penyelidik mengenal pasti keadaan tidak normal dalam laluan penentuan jantina nyamuk interseks ini. Mereka mendapati nyamuk ini adalah genetik jantan tetapi mengekspresikan kedua-dua gen jantina yang membawa kepada ciri fizikal yang bercampur.

Menurut salah seorang penyelidik dalam projek itu dan profesor entomologi Institut Sains Hayat Fralin, Igor Sharakhov, dengan memahami faktor genetik ini, mereka berharap dapat membangunkan strategi untuk mencipta populasi semua nyamuk jantan yang boleh membantu mengawal bilangan nyamuk dengan menghapuskan betina.

“Penyelidikan ini juga boleh membantu mengenal pasti gen yang mempengaruhi tingkah laku nyamuk betina dan membantu dalam kaedah kawalan vektor masa hadapan.

“Penemuan ini penting untuk mengawal penyakit seperti Zika dan denggi kerana kawalan nyamuk yang lebih baik dapat mengurangkan penyebaran penyakit ini,” katanya.

Tambahnya, walaupun racun serangga agak berkesan dalam mengawal populasi nyamuk masa lalu, ia kini dinilai semula kerana semakin berkurangan keberkesanannya dan tidak mesra alam.

“Kami mengkaji hibridisasi dua spesies nyamuk dan mendapati bahawa interseks telah mengganggu laluan penentuan jantina dan mengenal pasti ekspresi gen khusus jantina.

“Kajian ini membantu mengenal pasti gen laluan penentuan jantina baharu yang boleh digunakan dalam strategi kawalan nyamuk,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI