fbpx

Muhammad Effzaldanish hilang tiga hari ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Effzaldanish

MUAR – Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh yang dilaporkan hilang sejak 28 Julai lalu ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, remaja berkenaan, Muhammad Effzaldanish Mohd Effendy, 14, ditemui di kawasan rumah berhampiran.

“Punca dan lokasi dia berada sepanjang kehilangannya masih dalam siasatan. Pihak polis akan memberikan laporan penuh dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, bapa Effzaldanish sdan ahli keluarga remaja itu gagal dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Effzaldanish dilaporkan hilang dengan kali terakhir dilihat menuju ke SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 pada pukul 7.10 pagi, 28 Julai lepas.

Ketika kejadian, remaja itu memakai uniform sekolah iaitu kemeja putih dan seluar hijau lumut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI