fbpx

Matrade, MPTN bantu usahawan teroka perniagaan ke peringkat global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Ezzwanee bergambar bersama peserta pada seminar Wawasan Perdagangan Global: Menembusi Pasaran Antarabangsa anjuran anak syarikat MPTN, Connect and Network (CAN) bersama NW Corporate Advisor Sdn Bhd di sini semalam.

PETALING JAYA – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama Majlis Tindakan Pengguna Negara komited (MPTN) komited untuk meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global.

Timbalan Pengarah Unit Nasihat & Latihan Pengeksport Matrade, Noor Ezzwanee Ahmad berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, pelbagai usaha akan dilaksanakan termasuklah meningkatkan daya saing antarabangsa syarikat Malaysia melalui perdagangan global.

Antaranya kata beliau termasuklah membangunkan Pelan Tindakan Perdagangan Nasional, sebuah pelan tindakan komprehensif selama lima tahun (2021-2025).

“Pelan ini bertujuan untuk memperbaiki ekosistem perniagaan, meningkatkan daya saing eksport Malaysia, dan meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan yang bertenaga dan cemerlang melalui pembangunan eksport yang mampan.

“Pelan tindakan itu merangkumi langkah strategik seperti mengukuhkan daya saing global perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat peringkat pertengahan melalui pendigitalan, kemampanan, dan pembinaan jenama,”katanya.

Beliau berkata demikian pada dalam satu pada seminar Wawasan Perdagangan Global: Menembusi Pasaran Antarabangsa anjuran anak syarikat MPTN, Connect and Network (CAN) bersama NW Corporate Advisor Sdn. Bhd. di sini semalam.

Nicole Ooi

Sementara itu, Pengerusi CAN, Nicole Ooi Yuet Li berkata, seminar itu bertujuan menyediakan analisis dan panduan praktikal bagi membantu syarikat-syarikat di Malaysia mencapai kejayaan perniagaan lebih besar di peringkat global.

Beliau yang juga pengarah program berkata,seminar ini menampilkan beberapa penceramah terkemuka yang dihadiri 130 peserta terdiri daripada usahawan.

“Seminar ini bukan sahaja menawarkan pengetahuan dan ilmu yang berharga kepada peserta tetapi juga mempamerkan susun atur strategik dan tindakan praktikal Matrade dalam mempromosikan pengantarabangsaan perniagaan Malaysia.

“Dengan kemajuan Pelan Tindakan Perdagangan Nasional, prestasi perniagaan Malaysia di pasaran global amat dinanti-nantikan sepeerti penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) pada September ini,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI