fbpx

Manisha Koirala bermulut busuk?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANISHA KOIRALA

GOSIP memalukan mengenai bau mulut aktres Manisha Koirala pernah diperkatakan, kini kisah tersebut kembali bertebaran dan menjadi jenaka ramai.

Perkara tersebut mula diperkatakan apabila tercetusnya gurauan spontan aktor Bobby Deol ketika bersama rakan-rakan.

Dia tiba-tiba bercerita kisah lampau sewaktu bergandingan dengan aktres terbabit dalam sebuah filem terbitan sekitar 1997.

Akuinya, walau berwajah jelita dan mempunyai bentuk tubuh menawan, Manisha mempunyai masalah mulut berbau.

Biarpun tidak dapat dipastikan kebenarannya, desas-desus yang mencalarkan imej aktres sensasi tersebut tetap bertebaran.

Kata Bobby, hal itu disedari semasa penggambaran lagu Bechaniyaan untuk filem Gupt yang memerlukan mereka bertentangan mata dalam jarak dekat.

Sebenarnya, Manisha bukanlah bermulut busuk, sebaliknya ketika itu dia baru sahaja menjamah sejenis makanan mengandungi bawang putih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI