fbpx

Malaysia tanpa ragu-ragu mengutuk semua tindakan keganasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra.

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh serta seorang pengawal peribadinya, hari ini.

Wisma Putra berkata, Malaysia mengucapkan takziah dan menzahirkan simpati kepada ahli keluarga serta kepimpinan dan rakyat Palestin.

“Malaysia tanpa ragu-ragu mengutuk semua tindakan keganasan, termasuk pembunuhan yang disasarkan dan menggesa semua negara yang cintakan keamanan untuk turut sama mengecam tindakan tersebut.

“Insiden ini menekankan keperluan mendesak untuk meredakan ketegangan dan memperkukuh keperluan semua pihak untuk terlibat dalam dialog konstruktif dan mencari penyelesaian damai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wisma Putra, Malaysia menggesa siasatan segera dan menyeluruh terhadap pembunuhan ini dan mereka yang bertanggungjawab harus dibawa ke muka pengadilan.

Jelas kenyataan itu lagi, Malaysia mengiktiraf peranan dan sumbangan Ismail Haniyeh dalam usaha membebaskan Palestin dan rakyatnya dari penjajahan haram Israel.

Wisma Putra turut memaklumkan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul juga berada di Tehran sebagai wakil Malaysia ke majlis perasmian Presiden Republik Islam Iran.

“Semua ahli delegasi Malaysia berada dalam keadaan selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI