fbpx

Liga Super: KL City ‘tolak tepi’ isu gaji, benam Sabah FC 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paulo Josue (kanan) meraikan gol yang dilakukan bersama rakan sepasukan sebentar tadi. - Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pasukan Kuala Lumpur City (KL City) ‘tolak tepi’ isu luar padang dengan pamer aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan Sabah FC 3-0 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad tuan rumah berjaya meraih kelebihan pada penghujung babak pertama apabila Rawilson Batuil dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran di kotak penalti.

Namun, kapten The City Boys, Paulo Josue gagal menyudahkan peluang tersebut dengan sepakannya Berjaya diselamatkan penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat.

KL City akhirnya mendahului sebelum wisel penamat babak pertama ditiupkan menerusi gol sendiri yang dilakukan oleh pemain Sabah, Ko Kwang-min.

Bersambung pada separuh masa kedua, Josue menebus kegagalan sepakan penalti apabila sepakan percuma cantik yang dilakukannya berjaya menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-61.

Skuad kendalian Miroslav Kuljanac melengkapkan kemenangan bergaya apabila pemain tengah, Zhafri Yahya meledak gol ketiga dengan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI