fbpx

Liga Super: Gergasi Merah gigit jari ‘diikat’ Sri Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain import Sri Pahang, Manuel Hidalgo cuba mengasak pertahanan Selangor FC pada aksi Liga Super sebentar tadi. - Foto ihsan Sri Pahang

PETALING JAYA – Badi tanpa kemenangan skuad Selangor FC di tempat lawan berterusan apabila diikat Sri Pahang 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium MP Temerloh sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah tidak menunggu lama apabila meraih gol seawal minit ke-3 hasil jaringan pemain import, Alvin Fortes.

Namun, kealpaan pasukan kendalian Nidzam Jamil itu dipenghujung separuh masa pertama membolehkan Tok Gajah bangkit menyamakan kedudukan hasil ledakan kapten, Stefano Brundo.

Bersambung pada babak kedua, skuad Sri Pahang ditimpa malang apabila diarahkan beraksi dengan 10 pemain apabila Mykola Ahapov dilayangkan kad merah pada minit ke-62.

Kelebihan tersebut bagaimanapun gagal dimanfaatkan oleh pasukan pelawat dengan keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selangor FC kini akan mengalihkan tumpuan untuk mengharungi aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium MB Petaling Jaya, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI