fbpx

Lelaki cedera dihentam objek terbang misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu terbaring di atas tanah selepas ‘dirempuh’ satu objek misteri begerak terlalu laju. - Reddit

BOGOTA – Seorang lelaki di Colombia cedera selepas ‘dirempuh’ satu objek putih misteri sehingga membuatkan dia tercampak keluar dari rumah, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Kejadian itu dirakam melalui sistem televisyen litar tertutup (CCTV) pada 21 Julai lalu.

Individu berkenaan pada awalnya dilihat sedang menaiki tangga dan memasuki kediaman. 

Beberapa saat kemudian, satu objek berwarna putih terbang menembusi pintu rumah, lalu merempuh lelaki itu sebelum ia hilang dari pandangan. 

Hentakan yang kuat menyebabkan lelaki tersebut tercampak ke tanah sebelum dia diselamatkan oleh dua individu lain. 

“Ini berlaku beberapa hari lalu di kampung halaman saya di Colombia. Satu objek yang terbang sangat laju dan aneh menjatuhkan seorang lelaki ke lantai melalui tangga,” kata seorang pengguna platform Reddit. 

“Dia dilaporkan menerima 24 jahitan di hospital. Saya tidak akan mengklasifikasikan objek itu sebagai bola dan sesetengah rakan saya tidak menganggap ia adalah haiwan,” tambahnya. 

Rata-rata netizen terkejut melihat video tersebut dan masih mencari jawapan mengenai objek itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI