fbpx

Lebih 100,000 pesakit nikmati Skim Perubatan Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 123,572 pesakit telah menikmati manfaat Skim Perubatan Madani (SPM) meliputi 151,199 rawatan dengan perbelanjaan sebanyak RM14.3 juta telah dibelanjakan sehingga dari 1 April hingga 30 Jun 2024.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, bermula pada 26 Februari kawasan liputan SPM hanya berfokus kepada 10 daerah Fasa 1 iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling, Klang (Selangor), Johor Bahru (Johor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah), dan Kuching (Sarawak).

“Antara rawatan kesihatan yang ditawarkan di bawah skim ini adalah seperti demam dan selsema, cirit-birit dan muntah, terseliuh, sakit kepala dan trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

“Kesemua pesakit 100 peratus adalah dari kalangan B40 kerana kelayakan SPM adalah dari kalangan golongan B40 iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan isi rumah mereka sahaja,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Datuk Seri Ibrahim yang meminta Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan peratusan penggunaan SPM oleh golongan B40 dan M40 sepanjang suku kedua 2024.

Terdahulu, SPM yang dilancarkan sebagai projek perintis sejak 15 Jun 2023 dengan objektifnya adalah untuk mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Kesihatan KKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI