fbpx

Kecoh anak kambing mata satu lahir di Cianjur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelahiran anak kambing bermata satu itu menarik perhatian orang ramai. - TribunJabar

JAKARTA – Seorang penternak haiwan di Cianjur, wilayah Jawa Barat terkejut apabila seekor kambing betina peliharaannya melahirkan anak bermata satu, lapor saluran berita Tribun Jabar semalam. 

Anak kambing itu memiliki satu mata di bahagian tengah dahinya, sehingga kelihatan seperti ‘makhluk asing’. 

Menurut Ketua Kampung Sindangresmi, Imas, ia merupakan satu-satunya anak kambing yang mempunyai kelainan genetik.

Haiwan itu turut dilahirkan tanpa hidung dan dubur.

“Sebenarnya ada tiga ekor tetapi dua (anak kambing) dilahirkan secara normal. Anak kambing ini bermata satu dan tidak ada hidung serta dubur,” kata Imas.

Pemilik kambing tersebut, Amad berkata, dia belum pernah menyaksikan kelahiran sedemikian walaupun sudah menjadi penternak selama bertahun-tahun. 

Anak kambing itu dilaporkan meninggal dunia 24 jam selepas ia dilahirkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI