fbpx

Kaotim Legasi Takaful Malaysia ditawar serendah RM30/bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azman Zainal

PETALING JAYA – Pengendali takaful pertama di Malaysia, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) telah melancarkan Kaotim Legasi, iaitu pelan Hibah takaful mampu milik dengan nilai perlindungan hayat sehingga RM2 juta.

Ditawarkan melalui platform digital Kaotim daripada serendah RM30 sebulan, pelan berkenaan memberi perlindungan kepada rakyat Malaysia dan orang tersa­yang daripada kejadian yang tidak dijangka dan kesulitan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal berkata, pengenalan Kaotim Legasi didorong dengan sambutan positif yang diterima sejak pelancaran jenama dan platform digital Kaotim, serta pelan Kaotim MediKad pada November tahun lalu.

Jelasnya, ia direka bertujuan membantu masyarakat merancang keperluan perlindungan kewangan mereka dan kelangsungan hidup ahli keluarga sekiranya berlaku kematian kepada pelanggan produk berkenaan.

“Pelan Hibah takaful ini dapat membantu menyelesaikan masalah warisan yang timbul akibat kematian, seperti masalah kewangan yang dihadapi oleh waris si mati sama ada untuk meneruskan kehidupan, mahupun melunaskan hutang si mati dengan menggunakan pampasan yang diperolehi.

“Anda boleh melanggan Kaotim Legasi sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja, sama ada waris atau bukan, kerana pelan ini tidak tertakluk pada pembahagian harta.

“Ia berfungsi sebagai pengganti pendapatan jika anda tidak lagi boleh bekerja akibat hilang upaya atau penyakit kritikal.

“Manfaat pelan Hibah takaful ini juga boleh digunakan untuk menampung kos pendidikan anak-anak sekiranya hilang sumber pendapatan utama. Anda juga boleh me­nuntut pelepasan cukai jika melanggan Kaotim Legasi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Nor Azman, Kaotim Legasi berbeza daripada produk lain kerana ia menawarkan nilai perlindungan hayat yang tinggi melalui platform dalam talian serta pilihan perlin­dungan tambahan untuk 48 pe­nyakit kritikal.

Tambahnya, syarikat yakin Kao­tim Legasi akan menjadi penanda aras baharu dan memberikan perlindungan yang diperlukan oleh para pelanggan.

“Para pelanggan boleh melanggan Kaotim Legasi dalam talian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan melengkapkan transaksi dalam hanya beberapa minit, untuk terus dilindungi pada hari yang sama.

“Kami ingin memberikan pe­ngalaman yang lancar dan efisien semasa melanggan Kaotim Legasi.

“Matlamat kami adalah untuk membina legasi penyelesaian perlindungan agar kami terus kekal kompetitif dan dinamik dalam industri insurans dan takaful, sekaligus memperkukuhkan jenama Kaotim melalui rangkaian pelan perlindungan dalam talian yang menyeluruh dan mampu milik,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI