fbpx

Jenazah Ismail Haniyeh dikebumi di Doha Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Ismail akan dikebumikan di tanah perkuburan di Lusail, utara Doha. - AFP

TEHRAN – Jenazah ketua Hamas, Ismail Haniyeh akan dikebumikan di Doha, Qatar pada hari Jumaat (lusa), sehari selepas upacara pengebumian awam di Tehran, kata kumpulan pejuang Palestin tersebut hari ini.

“Upacara pengebumian awam jenazah Ismail akan diadakan di ibu negara Iran, Tehran esok,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Tambahnya, jenazah Ismail akan dibawa ke Doha pada hari yang sama.

Ujarnya lagi, solat jenazah akan diadakan di Masjid Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, iaitu masjid terbesar di Doha selepas solat Jumaat.

Jenazah Ismail kemudian akan dikebumikan di tanah perkuburan di Lusail, utara ibu negara Qatar tersebut.

Kenyataan Hamas menambah, majlis di Doha akan diadakan dengan kehadiran tokoh-tokoh dikenali serta penyertaan pemimpin Arab dan Islam. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI