fbpx

‘Jaga’ tipu urusan anak angkat di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diberkas selepas dipercayai menipu mangsa dalam urusan pengambilan anak angkat di Balik Pulau, hari ini.

BALIK PULAU – Seorang wanita dipercayai bertindak sebagai keldai akaun diberkas selepas memperdaya mangsa dalam urusan pengambilan anak angkat menerusi aplikasi TikTok sehingga berdepan kerugian RM9,000, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, tangkapan suspek berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya bersangkut satu laporan di Balik Pulau.

Menurutnya, suspek bertindak menipu mangsa menerusi platform secara dalam talian yang tidak wujud.

“Mangsa yang merupakan seorang wanita telah membuat beberapa transaksi secara atas talian ke akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM9,000.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,” katanya kepada Kosmo! di sini, malam ini.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang wanita berusia 32 turut diberkas selepas menipu mangsa berhubung urusan mendapatkan perkhidmatan pembersihan rumah secara dalam talian yang tidak wujud.

“Pengadu telah memuat turun aplikasi ‘Home Solution ‘ melalui pautan yang telah diberikan. Kemudian memasuki butir-butir peribadi termasuk maklumat perbankan.

“Pengadu sedar telefon bimbit pengadu telah berfungsi dengan sendirinya dan berasa curiga lalu pengadu membuat semakan akaun bank melalui komputer riba dan mendapati wang dalam akuan telah berkurang.

“Jumlah keseluruhan kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM30,650,” ujarnya siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI