fbpx

Kematian Ismail Haniyeh ‘akan dibalas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail terbunuh selepas menyertai pelantikan presiden baharu Iran pada Selasa. - AFP

TEHRAN – Kumpulan pejuang Palestin, Hamas mengesahkan bahawa ketuanya, Ismail Haniyeh terbunuh dalam ‘serbuan’ Israel di kediamannya di Tehran, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) hari ini. 

Sebilangan tokoh kanan Hamas lain termasuk Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyifatkan kematian Ismail sebagai ‘pembunuhan’ dan berikrar untuk membalasnya. 

Kor Pengawal Revolusi Iran berkata, punca kematian Ismail masih belum jelas tetapi siasatan sedang dijalankan. 

“Ismail dilaporkan meninggal dunia selepas menyertai acara pelantikan presiden baharu (Iran), Masoud Pezeshkian yang mengangkat sumpah pada Selasa (semalam),” katanya.

Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kematian mengejutkan itu. 

Ismail, 62, merupakan ketua pejabat politik Hamas dan ahli terkemuka kumpulan itu pada hujung 1980-an. 

Beliau pernah dipenjarakan oleh Israel selama tiga tahun pada 1989, ketika Rejim Zionis membanteras pemberontakan Palestin yang pertama. 

Allahyarham juga dilantik sebagai Perdana Menteri Palestin pada 2006 oleh Presiden Mahmoud Abbas, selepas Hamas memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya, sebelum dilucutkan jawatan setahun kemudian. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI