fbpx

‘Ini kejayaan anak seni Pulau Pinang’ – Imuda kini bergelar Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imuda merupakan antara 103 penerima anugerah pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri Pulau Pinang sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

PETALING JAYA – Selepas empat dekad berkecimpung dalam dunia seni, pelakon, pelawak dan pelukis iaitu Imuda menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Datuk.

Imuda atau nama sebenarnya, A. Rahim Muda, 65, merupakan antara 103 penerima anugerah pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri Pulau Pinang sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang diadakan di Dewan Sri Pinang, semalam.

Bintang yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu meluahkan rasa syukur atas penganugerahan tersebut selepas sekian lama terlibat dalam dunia hiburan.

“Sejujurnya saya berasa amat bangga kerana menerima penganugerahan daripada TYT Pulau Pinang.

“Selepas lama berkecimpung dalam dunia seni sejak 40 tahun lalu, inilah masa untuk meraikan kejayaan bukan sahaja buat diri saya tetapi seluruh anak seni lain di Pulau Pinang,” katanya dalam sebuah temu bual.

Sebelum ini, Imuda memulakan kerjayanya sebagai pelukis dengan syarikat penerbitan tempatan sebelum melebarkan sayap bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama rakan sekerjanya, Sabri Yunus.

Karya-karyanya banyak diterbitkan dalam naskhah terkenal termasuk Gila Gila, Berita Minggu dan Geli Hati.

Dalam bidang lakonan pula, Imuda pernah membintangi filem Mekanik, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal dan Mendam Berahi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI