fbpx

Ibu tunggal, pemuda Thailand dituduh seludup petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Phatcharee (kiri) dan Abdulloh dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar bagi pertuduhan menyeludup petrol, hari ini.

ALOR SETAR – Dua warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyeludup petrol di satu sekatan jalan raya (SJR) di Durian Burung dalam daerah Padang Terap pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Phatcharee Hama, 38, dan Abdulloh Saleesing, 21, dari Songkhla, Thailand bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan tersebut dibacakan secara berasingan dalam bahasa Thai di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut pertuduhan, Phatcharee didakwa memiliki bahan kawalan berjadual tersebut sebanyak 60 liter yang ditemui di dalam tangki yang diubah suai di bahagian tempat duduk belakang sebuah kenderaan bernombor pendaftaran tempatan.

Tertuduh yang juga seorang ibu tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di SJR Durian Burung pada pukul 11.45 pagi, 27 Julai lepas.

Sementara itu, Abdulloh pula didakwa memiliki petrol sejumlah 100 liter di dalam sebuah kenderaan lain yang turut diubah suai pada waktu, tarikh dan lokasi sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) akta sama yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI