fbpx

Hobi kumpul bangkai nyamuk, siap tampal dalam buku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan nyamuk-nyamuk yang ditangkap dan ditampal di dalam buku. - X 

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas memiliki hobi unik iaitu mengumpul nyamuk yang ditangkap setiap hari, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi gambar yang dimuat naik di platform X oleh akaun adiknya @bbibibei, koleksi nyamuk tersebut ditampal dalam sebuah buku menggunakan pita pelekat.  

Setiap serangga itu turut diberikan nama dan dan tarikh ‘kematian’.

“Abang saya menangkap nyamuk pada setiap hari dan dia segera memberi nama,” kata adik lelaki tersebut di X.  

Menurut adiknya, rumah mereka kerap diserang nyamuk tetapi dia tidak menyangka bahawa abangnya mempunyai hobi yang pelik. 

Perkongsian itu menjadi tular di media sosial dengan rata-rata netizen terhibur dengan rutin hariannya. 

“Bukan ‘Death Note’, tapi ‘Nyamuk Note’,” kata seorang netizen. 

“Seorang ‘pembunuh’ yang suka mengabadikan pembunuhannya, kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI