fbpx

EPL: Kapasiti stadium baharu United 100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OLD TRAFFORD sudah berusia lebih 100 tahun menyebabkan pihak pengurusan merancang untuk pembinaan stadium baharu atau proses renovasi yang ekstrem. - AFP

MANCHESTER – Manchester United dilapor sedang mengusahakan rancangan untuk menaik taraf stadium mereka Old Trafford selepas pasukan pemikir mereka mengenai perancangan venue baharu sudah mencapai kata sepakat.

Old Trafford menjadi stadium rasmi United sejak ia dibuka pada 1910 dan memiliki kapasiti penonton sehingga 74, 310 tempat duduk, namun ia semakin usang seiring usianya menyebabkan beberapa proses renovasi perlu dilakukan.

Insiden bumbung stadium yang bocor ketika mereka tewas 0-1 kepada Arsenal pada April lalu menyebabkan kemarahan para peminat semakin memuncak menyebabkan pemilik bersama, Sir Jim Ratcliffe mewujudkan jawatankuasa pembinaan stadium baharu.

Jawatankuasa yang dipengerusi oleh Lord Sebastian Coe dan turut disertai legenda United, Gary Neville, Datuk Bandar Greater Manchester, Andy Burnham dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Trafford, Sara Trafford diminta untuk mencadangkan sama ada pembinaan stadium baharu atau proses baik pulih keseluruhan Old Trafford.

Cadangan tersebut melibatkan penambahan jumlah kapasiti sehingga 100,000 penonton dengan jawatankuasa mencadangkan proses renovasi Old Trafford, namun Ratcliffe lebih berminat dengan kewujudan stadium baharu.

Idea Ratcliffe tersebut adalah untuk memastikan United kekal beraksi di Old Trafford sepanjang proses pembinaan ‘Old Trafford baharu’ berjalan dan tidak mengganggu perjalanan pasukan itu serta demi para peminat mereka.

Berdasarkan laporan awal, United dilapor memerlukan dana sebanyak £2 bilion (RM11.97 bilion) untuk membina stadium baharu, manakala hanya separuh daripada kos berkenaan sekiranya mereka membuat keputusan untuk proses renovasi sahaja. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI