fbpx

EPL: Alvarez makin ‘muak’ di Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVAREZ

MANCHESTER – Penggempur Manchester City, Julian Alvarez memberi bayangan untuk meninggalkan kelab itu ekoran kecewa dengan minit permainan yang diberikannya terutama dalam perlawanan besar.

Alvarez menjadi pemain kelima mendapat minit permainan paling banyak di Etihad sepanjang musim lalu, namun dia gagal untuk menembusi kesebelasan utama dalam lima aksi final yang dihadapi pasukan itu sepanjang dua tahun lalu.

Biarpun berjaya meledak 36 gol sepanjang tempoh berkenaan, tetapi dia masih dianggap sebagai pemain sokongan kepada Erling Haaland yang sering menjadi pilihan untuk mengetuai jentera serangan City.

“Musim lalu, saya antara pemain yang mendapat banyak minit permainan di City, tapi pada akhirnya saya tidak disenaraikan dalam perlawanan-perlawanan penting walaupun saya mahu memberikan sumbangan.

“Saya perlukan masa untuk berfikir mengenai apa yang saya inginkan dan kita akan tengok keputusannya nanti,” katanya yang sedang beraksi bersama Argentina untuk saingan Sukan Olimpik Paris 2024.

City menandatangani Alvarez dari River Plate pada Januari 2022 dengan nilai perpindahan sebanyak £14 juta (RM83.13 juta) dan menjadi salah seorang pemain tonggak penting skuad kendalian Pep Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI