fbpx

Dewan Rakyat kutuk tindakan Israel bunuh Ismail Haniyeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah di media sosial Johari.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman dan keganasan Israel yang membunuh Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul melalui satu hantaran di aplikasi X turut menyatakan solidariti dan kebersamaannya dengan rakyat Palestin.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Saya mengucapkan takziah kepada rakyat Palestin atas gugur syahidnya Ismail Haniyeh, Pemimpin Hamas dan pengawal peribadinya yang terbunuh dalam serbuan rejim Zionis di kediamannya di Tehran.

“Saya mendoakan agar penindasan terhadap rakyat Palestin dihentikan serta-merta,” katanya.

Terdahulu, Hamas mengesahkan hari ini bahawa serangan Israel di Tehran membunuh ketuanya, Ismail Haniyeh.

Pasukan Pengawal Revolusi Iran sebelum itu menyatakan bahawa Ismail terbunuh di samping seorang daripada pengawal peribadinya.

“Ketua pejabat politik Hamas, Ismail Haniyeh diserang di Tehran. Akibat kejadian ini, beliau dan salah seorang pengawal peribadinya syahid,” kata kenyataan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI