fbpx

Covid-19 jangkiti haiwan liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARS-CoV-2 dikesan dalam enam spesies haiwan termasuk tikus rusa, opossum, rakun, marmot tanah, arnab cottontail dan kelawar merah. - Adobe Stock/HealthDay News

WASHINGTON – Satu kajian mendapati bahawa virus yang menjadi penyebab kepada wabak Covid-19 kini menjangkiti hidupan liar, lapor agensi berita United Press International.

SARS-CoV-2 dikesan dalam enam spesies haiwan termasuk tikus rusa, opossum, rakun, marmot tanah, arnab cottontail dan kelawar merah, lapor penyelidik Isnin dalam jurnal Nature Communications.

Tambah kajian itu, antibodi yang menunjukkan pendedahan terdahulu kepada koronavirus kini ditemui dalam lima spesies haiwan, dengan kadar pendedahan antara 40 peratus hingga 60 peratus antara spesies.

Pendedahan tertinggi kepada virus Covid-19 ditemui pada haiwan yang berada berhampiran laluan pendakian dan kawasan awam dengan trafik tinggi.

Ia menunjukkan bahawa virus itu berpindah daripada manusia kepada hidupan liar, kata penyelidik.

Bagaimanapun, tiada bukti bahawa penularan Covid-19 daripada haiwan kepada manusia setakat ini, justeru orang ramai tidak perlu risau tentang kebarangkalian dijangkiti virus itu sekiranya bertembung dengan haiwan ketika mendaki.

“Virus itu boleh menular daripada manusia kepada hidupan liar apabila kita mempunyai kontak dengannya,” kata salah seorang penyelidik, Carla Finkielstein.

“Matlamat virus adalah untuk merebak bagi membolehkannya terus hidup. Virus ini mahu menjangkiti lebih ramai manusia, tetapi vaksinasi melindungi manusia.

“Justeru, virus itu bertukar kepada haiwan, menyesuaikan diri dan bermutasi untuk berkembang dalam perumah baharu,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI