PETALING JAYA – Sindiket penjualan sijil akademik palsu kini semakin berani apabila secara terang-terangan mempromosikan kegiatan mereka di media sosial dengan tawaran harga serendah RM1,500 hingga RM4,000. Kegiatan tersebut yang menggunakan platform Instagram dan Facebook turut menyasarkan individu yang terdesak ‘memiliki’ kelayakan akademik bagi tujuan mencari pekerjaan. Lebih membimbangkan apabila sindiket terbabit berani menyamar dan berselindung dengan nama tertentu kononnya berada di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata untuk mengaburi orang awam dan pihak berkuasa. Wartawan Kosmo! yang berjaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya