fbpx

Baby Syifaa mati akibat kecuaian pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gaithri Thomas (tengah) bersama Anida Idrus, 41, (kiri) dan Yuseri Yusoff, 39, (kanan) ketika sidang media di pekarangan Mahkamah Koroner Seremban hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan punca kematian seorang bayi Baby Syifaa atau Nour Rania Asyifaa Yuseri yang ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuat pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan dua tahun lalu disebabkan tekanan pada leher.

Koroner, Datin Surita Budin dalam keputusan inkues itu berkata, kematian bayi berusia 15 bulan itu bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi disebabkan tergantung di dalam buaian yang ditinggalkan oleh pengasuh.

“Sebab kematiannya akibat tekanan pada leher dan tekanan itu bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian tepi sisi hujung kain buaian.

“Bagi tujuan inkues ini, saya telah berpuas hati bahawa atas imbangan kebarangkalian berdasarkan keterangan daripada saksi-saksi apabila dilihat secara keseluruhannya, untuk mahkamah memutuskan kematian si mati bukanlah satu kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung di dalam buaian,” katanya pada prosiding keputusan inkues di sini hari ini.

Surita berkata, keadaan itu berlaku selepas Baby Syifaa ditinggalkan oleh saksi ke-19 yang juga pengasuh pusat jagaan, Khairulnisa Ahmad Damunhuri, 38. tanpa pengawasan sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah iaitu dua jam.

Seramai 28 saksi telah dipanggil memberi keterangan termasuk ibu bapa Baby Syifaa di Mahkamah Koroner sepanjang prosiding inkues selama 12 hari bermula 22 September 2022.

Keluarga Baby Syifaa diwakili peguam Gaithri Thomas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI