fbpx

Ajal pelajar menuju tempat latihan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KLANG – Perjalanan seorang pelajar politeknik untuk menjalani latihan industri berakhir tragedi apabila maut dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Paip, Meru di sini, hari ini.

Kejadian pukul 8.05 pagi itu berlaku ketika lelaki berusia 21 tahun yang menunggang motosikal dipercayai menuju ke sebuah syarikat di Subang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di laluan bertentangan.

“Sebuah kereta dipandu seorang wanita berusia 39 tahun kemudian gagal mengelak lalu melanggar mangsa. Perlanggaran itu menyebabkan mangsa cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mayat pelajar itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, Vijaya meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860 bagi membantu siasatan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI