fbpx

Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada pahlawan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan Selamat Hari Pahlawan yang dimuat naik di Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada para pahlawan yang melindungi kedaulatan negara.

Menerusi hantaran Facebook rasmi, Baginda menzahirkan penghargaan tersebut kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas jasa dan khidmat serta bakti yang dicurahkan demi mempertahankan tanah air.

Baginda yang juga sebagai Ketua Utama Negara dan pemerintah tertinggi ATM, turut menyanjung tinggi pengorbanan wira-wira negara dalam menjaga keamanan serta ketenteraman tanah air tanpa mengira masa.

“Terima kasih para perwira negara. Jasa dan bakti anda akan sentiasa dikenang. Al-Fatihah dan salam takziah buat pahlawan dan perwira negara yang terkorban semasa bertugas.

“Semoga roh mereka yang beragama Islam sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama para solihin,” titah Baginda.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mencemar duli menghadiri Istiadat Perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan 2024 yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sambutan Hari Pahlawan adalah antara usaha dan keprihatinan kerajaan yang telah menetapkan satu hari yang khas bagi mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.

Ia disambut pada setiap 31 Julai sebagai memperingati perjuangan serta pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran serta kedaulatan negara dan dianjurkan secara secara bergilir antara ATM dan PDRM sejak 1968. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI