fbpx

ADUN Mahkota kritikal, alami pendarahan dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH AZIZAH dilaporkan kritikal selepas mengalami pendarahan dalaman kini dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat pendarahan dalaman.

Difahamkan, ahli politik berusia 63 tahun itu sedang menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Menurut sumber parti, beliau dimaklumkan keadaan terkini Sharifah Azizah itu oleh sayap Wanita UMNO Johor pagi tadi.

“Keadaan Datuk Sharifah Azizah kini dilaporkan kritikal disebabkan pendarahan dalaman.

“Saya bersama ahli Wanita UMNO Batu Pahat akan berkunjung ke Hospital Kluang dalam masa terdekat bagi mengetahui perkembangan terkini beliau,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, sumber lain memaklumkan, Sharifah Azizah pernah dimasukkan ke hospital pada Mac lalu bagi masalah kesihatan.

Katanya, susulan rawatan itu, keadaan ADUN tersebut dilihat sudah stabil selepas dibenarkan keluar beberapa bulan lalu.

“Kami berasa terkejut apabila mengetahui keadaannya kembali kritikal. Saya doakan beliau diberikan kesembuhan seperti sedia kala,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI