fbpx

3 keldai akaun perdaya mangsa lebih RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BALIK PULAU – Tiga individu dipercayai keldai akaun diberkas selepas memperdaya mangsa dalam urusan pelaburan dalam talian, penipuan melalui panggilan telefon dan sindiket pinjaman wang tidak wujud, semalam.

Ketiga-tiga suspek terdiri dua lelaki dan seorang wanita itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD) menerusi tiga operasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang suspek lelaki berusia 30 tahun selepas dipercayai menipu mangsa dalam urusan pelaburan dalam talian yang tidak wujud bersangkut laporan yang dibuat di Sungai Pinang.

“Dalam kes tersebut, mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM132,844.45.

“Seorang lagi suspek lelaki berusia 32 tahun diberkas setelah memperdaya mangsa dalam sindiket ‘phone scam’ dengan menyamar sebagai pegawai polis melalui dalam talian bersangkut laporan di Bayan Baru.

“Mangsa juga telah membuat beberapa transaksi secara atas talian ke akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM101,000,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya lagi, tangkapan turut dilakukan terhadap seorang wanita berusia 38 tahun juga dipercayai terlibat dalam penipuan pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian.

“Dalam kes tersebut, mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM73,972,” ujarnya.

Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.

Justeru tambahnya, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, tawaran pekerjaan di luar negara atau sambilan serta love scam melalui media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI