fbpx

130 keracunan makanan selepas makan belut panggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Keikyu Department Store, Shinji Kaneko (dua dari kiri), memohon maaf pada sidang akhbar di Yokohama pada 29 Julai lalu. - Kyodo News

TOKYO – Kira-kira 130 orang mengalami keracunan makanan selepas menikmati hidangan belut panggang yang dijual di sebuah kedai serbaneka di Yokohama pada minggu lalu, lapor agensi berita Kyodo semalam. 

Menurut pusat kesihatan bandar Yokohama, kesemua mangsa mengalami gejala seperti muntah dan cirit-birit, tetapi kebanyakan kes tidak serius. 

“Satu-satunya kematian dalam kalangan individu terjejas ialah seorang wanita berusia 90-an dan punca kematiannya tidak diketahui,” tambahnya. 

Pusat kesihatan awam berkata, rangkaian restoran belut di Tokyo menjual lebih 1,500 hidangan belut panggang serta bento berisi belut dan nasi pada Rabu dan Khamis lalu di Keikyu Department Store. 

“Kami mengesan staphylococcus aureus yang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit, dalam najis beberapa individu yang memakan hidangan itu,” kata pusat kesihatan itu. 

Kebanyakan orang di Jepun memakan belut panggang atau unagi pada musim panas kerana dipercayai dapat membantu menyejukkan badan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI