fbpx

Wanita ditahan cap jari ‘tertinggal’ di lokasi pecah pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang wanita ditahan selepas semakan cap jarinya didapati positif bagi kes pecah pejabat di Taman Ukay Perdana di sini pada 20 Julai lalu.

Wanita berusia 35 tahun yang tidak bekerja itu ditahan di Pangsapuri Sri Impian di sini 27 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian disedari pengadu apabila dia mahu mengambil surat di lokasi kejadian.

Setibanya di pejabat, pengadu mendapati pintu jeriji telah dipotong dan tombol pintu kayu pula diumpil.

“Pemeriksaan di dalam pejabat mendapati penghawa dingin dan empat paip tembaga serta wayar elektrik telah hilang.

“Mangsa percaya pejabatnya telah dipecah masuk. Siasatan di lokasi kejadian menemui empat cap jari pada penutup penghawa dingin dalam premis. Kerugian dianggarkan berjumlah RM1,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, susulan kejadian itu, polis memberkas seorang wanita tempatan di Pangapuri Sri Impian pada 27 Julai lalu.

“Tangkapan dilakukan kerana cap jari wanita itu positif di lokasi kejadian. Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod kes jenayah dan narkotik,” katanya.

Wanita itu direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.  -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI