fbpx

Sultan Pahang bimbang tanah di Pahang mula ‘dijajah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billh Shah bertitah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, hari ini.

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kebimbangan apabila tanah di Pahang sudah mula ‘dijajah’ pendatang asing secara terang-terangan rentetan kurangnya nilai integriti.

Dalam titah baginda, sebagai contoh tanah-tanah di Cameron Highlands yang dipajak dan disewa kepada petani serta pengusaha kini telah disewakan kepada warga asing.

‘’Demi hanya mengikit nafsu dan mementingkan wang ringgit, kita sanggup menggadai intergriti dan membiarkan tanah di negeri ini diratah oleh bukan pemiliknya.

“Lebih mendukacitakan lagi, warga asing tersebut telah mengambil alih peranan sebagai `tauke’ yang mengawal bekalan dan harga dalam industri pertanian, mengakibatkan wujudnya kartel-kartel yang merosakkan ekonomi negeri dan negara secara keseluruhan,’’ titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, di sini hari ini.

Baginda mahu kerajaan negeri Pahang memantau aktiviti ini dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan aktiviti seperti ini tidak lagi berlaku.

“Tiada kompromi terhadap isu seperti ini daripada beta. Jangan sesekali gelap mata dengan wang ringgit dan kesenangan dunia yang sementara.

“Laksanakanlah amanah yang diberi ini dengan penuh integriti dan ingatlah setiap kerja buat dan tanggungjawab kita akan dipersoalkan kelak,” titah baginda.

Di samping itu, baginda menggesa rakyat bekerjasama memberi maklumat kepada pihak berkuasa mengenai segala bentuk jenayah dan salah laku kerana ia adalah tanggungjawab bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI