fbpx

SPRM lantik 5 ahli panel penilaian operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima ahli panel menerima surat cara pelantikan sebagai Ahli Panel Penilaian Operasi (PPO). Foto SPRM

PUTRAJAYA – Seramai lima ahli Panel Penilaian Operasi (PPO) menerima surat cara pelantikan secara pentadbiran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli panel badan pemantau bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tempoh dua tahun.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, kesemua individu ini dilantik semula berkuat kuasa 1 April lalu sehingga 30 Mac 2026 bagi penggal ketiga selepas tempoh lantikan mereka tamat pada 31 Mac 2024.

Katanya, ahli-ahli PPO yang dilantik semula ini terdiri daripada golongan profesional dalam pelbagai bidang yang dipengerusikan bekas Timbalan Ketua Bahagian II, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham.

“Ia sebagai satu penghormatan serta pengiktirafan terhadap kebolehan, kepakaran selain integriti yang mereka miliki,” katanya hari ini.

SPRM berkata, PPO memainkan peranan penting sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap kes penyiasatan yang dijalankan dan sebab sesuatu kes diperakukan untuk didakwa atau ditutup.

Jelas SPRM, kepakaran mereka ini diyakini dapat memberi nilai tambah kepada SPRM dalam membanteras rasuah bagi memastikan keberkesanan operasi dan salah guna kuasa di negara ini.

Ahli-ahli PPO yang dilantik semula ini terdiri Pengerusi PPO, Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian II, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara.

Turut dilantik ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Azimah Abd Hamid dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Selain itu ialah bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Abdul Manap Dim dan bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia, Dr. Mazlan Ahmad.

Surat cara pelantikan PPO itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam satu majlis di Ibu Pejabat SPRM, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI