fbpx

SkyPark Link mungkin dibuka lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony (kiri) meninjau persiapan sebelum permulaan operasi jet di LTSAAS, di sini hari ini.

SUBANG – Perkhidmatan keretapi yang menghubungkan KL Sentral dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), iaitu SkyPark Link mungkin akan kembali beroperasi lebih awal, sebelum terminal baharu di LTSAAS dibuka pada tahun 2027 atau 2028.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ia boleh diawalkan lagi sekiranya terdapat permintaan yang tinggi, dengan pengembalian operasi pesawat jet di LTSAAS bermula 1 Ogos ini.

“Saya pernah katakan sebelum ini bahawa apabila terminal baharu sudah bersedia untuk beroperasi, perkhidmatan tren ini juga perlu bersedia.

“Malah, kita melihat ada kemungkinan untuk ia beroperasi lebih awal kerana landasan dan stesennya sudah ada, hanya perlu menunggu untuk permintaannya kembali meningkat,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau persiapan sebelum permulaan operasi jet di LTSAAS, di sini hari ini.

Fasa operasi interim jet di LTSAAS yang bermula Khamis ini bakal meningkatkan ketersambungan lapangan terbang tersebut kepada penerbangan terus ke lapan destinasi domestik dan tiga destinasi antarabangsa, dengan kapasiti penumpang ditingkatkan kepada tiga juta orang setahun.

Terminal baharu LTSAAS bakal menaikkkan lagi kapasiti penumpang kepada lapan juta setahun, dengan pembangunannya akan disepadukan dengan stesen SkyPark Link dan kawasan parkir yang baharu.

Anthony menambah, beliau juga akan meminta Rapid KL supaya mempertimbangkan penyediaan perkhidmatan bas antara LTSAAS dengan stesen LRT berdekatan. – KOSMO! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI