fbpx

Seladang diiktiraf sebagai spesies terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan seladang kini diiktiraf sebagai spesies haiwan terancam yang mempunyai kepentingan negara.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Biodiversiti Negara Kedua (MBN Ke-2) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.

Katanya MBN Ke-2 telah meneliti kertas-kertas yang telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut dan bersetuju dengan perkara tersebut.

“MBN Ke-2 bersetuju mengiktiraf seladang sebagai spesies terancam yang mempunyai kepentingan negara dan membangunkan Pelan Pengurusan Konservasi Seladang bagi menstabilkan populasi seladang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu katanya, mesyuarat juga bersetuju menubuhkan Kumpulan Kerja Tematik bagi menggalakkan penglibatan pemegang taruh dalam pelaksanaan serta pemantauan kemajuan pelaksanaan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030.

“MBN Ke-2 bersetuju untuk mengemas kini senarai induk kawasan perlindungan dan mengoperasikan Kumpulan Kerja Kawasan Perlindungan di bawah
Kerangka Kawasan Perlindungan Kebangsaan.

“Selain itu, mesyuarat juga bersetuju membangunkan Pelan Tindakan Bersama ‘One Health’ Kebangsaan dan menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan ‘One Health’ yang diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” ujarnya.

Sementara itu katanya, MBN Ke-2 mengambil maklum mengenai pencapaian pelaksanaan insentif kewangan bagi konservasi biodiversiti dan hutan (Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation – EFT), status penubuhan Pusat Biodiversiti Malaysia serta biodiversiti dan risiko penyakit zoonotik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI