PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lapan negeri sehingga pukul 6 petang ini.
MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, ia melibatkan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Jeli, Bachok dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).
“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) dan Johor (Segamat).
“Selain itu, Sarawak merangkumi Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Miri (Subis) serta Sabah melaibatkan Pedalaman (Keningau) dan Tawau (Semporna),” katanya hari ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE