fbpx

Puteri Damia Darwishah hilang sejak kelmarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Damia Darwishah

SUBANG JAYA – Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan bernama Puteri Damia Darwishah Abdullah yang dilaporkan hilang sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kali terakhir remaja tersebut dilihat adalah di kediamannya sekitar pukul 6 petang di Jalan USJ 11/3A, USJ 11, di sini.

“Remaja berusia 14 tahun itu berketinggian 155 sentimeter (cm), berat 60 kilogram (kg), warna kulit sawo matang, rambut perang kemerahan, hidung lebar, mata hitam dan bibir mulut tebal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa dimohon untuk tampil ke balai polis berhampiran.

“Atau berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222/ 03-78627100,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI