fbpx

Perkeso Selangor buru majikan ingkar carum pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah Kamal (depan tiga kanan) ketika melancarkan Ops Kesan peringkat Selangor, baru-baru ini.

SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan mempergiatkan operasi mengesan majikan yang masih ingkar mendaftar dan mencarum pekerja di Selangor.

Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Abdullah Kamal Ahmad berkata, pemerhatian pihaknya mendapati kebanyakkan golongan itu melibatkan peniaga baharu dan berskala kecil.

Tegas beliau, masih ramai majikan gagal mencarum pekerja dengan memberi alasan tiada masa dan tidak mengetahui kewajipan itu biarpun lanjutan tempoh pemutihan telah diberikan kerajaan, sebelum ini.

“Mereka (majikan) patut sedar kepentingan membuat caruman. Mengikut undang-undang sedia ada, semua jenis perniagaan wajib mencarum biarpun hanya mempunyai seorang pekerja,” katanya kepada Kosmo!, hari ini.

Tambah beliau, Ops Kesan peringkat Selangor yang dilancarkan pihaknya pada 24 Julai lalu turut melakukan pemeriksaan di sekitar daerah ini dan Petaling Jaya.

“Sebanyak 326 majikan diperiksa dan 34 daripadanya dikompaun sehingga RM14,000 kerana gagal buat caruman termasuk libatkan pekerja warga asing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI