fbpx

Penoreh getah mengaku bersalah 10 bulan noda anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa tertuduh (tengah) untuk didakwa atas enam pertuduhan merogol anak kandungnya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas enam pertuduhan merogol anak kandungnya dalam tempoh 10 bulan, bermula Januari hingga pertengahan Oktober pada tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, lelaki itu didakwa merogol anak kandung tanpa kerelaannya apabila perhubungan tertuduh dengan mangsa tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan di sebuah rumah di Kuala Krai dekat sini, kira-kira pukul 1 pagi hingga 9 pagi bermula Januari hingga Oktober 2023.

Penoreh getah itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak lebih 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam dan mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Ogos depan untuk prosiding jatuh hukum dan fakta kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI