fbpx

Penarik kereta lepas tali gantung sebab edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (tengah) bersama Shareveen (kiri) dan Yong Yi selepas Mahkamah Tinggi Melaka melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah berbahaya.

MELAKA – Seorang penarik kereta terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskannya atas pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.

Hakim Mohd. Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan terhadap tertuduh, Maizatul Hisyam Mohd. Yunus, 36.

“Kredibiliti saksi pendakwaan kedua yang juga pegawai tangkapan kedua telah dicabar. Selain itu, pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dadah, maka anggapan pengedaran dadah juga telah gagal dibuktikan.

“Mahkamah selepas menilai keterangan saksi pendakwaan mendapati terdapat percanggahan bahawa dadah dijumpai di dalam rumah atau di dalam kereta yang diletakkan di luar rumah.

“Pendakwaan tidak berjaya menutup kelompongan tersebut maka tidak adil untuk memanggil tertuduh membela diri. Mahkamah dengan ini melepaskan dan membebaskan tertuduh,” katanya.

Tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta didakwa mengedar methamphetamine seberat 217 gram pada pukul 11.00 pagi di sebuah rumah bernombor di Bukit Rambai di sini pada 25 Oktober 2021.

Tertuduh diwakili peguam K. Shareveen dan Chua Yong Yi, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asri Abdul Rahman Sidik dan Nabil Alif Mohd. Rosli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI