fbpx

Olimpik Paris : Aaron-Wooi Yik naib juara Kumpulan A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
aaron
BEREGU lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika beraksi menentang beregu lelaki China Liang Wei Keng dan Wang Chang dalam acara badminton pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle hari ini. Foto : Majlis Olimpik Malaysia

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke pentas suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai naib juara Kumpulan A selepas terpaksa akur tunduk kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena tersebut, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu bergelut untuk bangkit sebelum tumpas 22-24, 14-21 kepada pasangan nombor satu dunia itu pada pertarungan selama 42 minit.

Biarpun tewas, Aaron mengakui mereka menikmati perlawanan tersebut sebagai aksi medan latihan kerana selepas ini akan menghadapi misi lebih penting dalam aksi suku akhir nanti.

AKSI beregu lelaki negara Aaron-Wooi Yik ketika menentang pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang. Foto : Majlis Olimpik Malaysia

“Saya rasa pada perlawanan hari ini kami menikmati perlawanan tanpa tekanan dan menganggap ini sebagai perlawanan latihan kerana kami masih mempunyai beberapa perlawanan lagi,” kata Aaron selepas perlawanan.

Sementara itu, Wooi Yik berkata, mereka akan memperbaiki kelemahan tersebut menjelang peringkat kalah mati bermula, Khamis nanti.

“Kami akan cuba perbaiki beberapa kelemahan selepas perlawanan ini,” katanya.

Aaron-Wooi Yik mengakhiri saingan kumpulan A di tempat kedua manakala wakil China itu dinobatkan sebagai juara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI