fbpx

Netizen terkejut suami, isteri, kekasih tinggal serumah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prince Soy bersama Seira dan teman lelaki baharunya di sebuah restoran. - X

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun mengundang kecaman orang ramai selepas mendedahkan bahawa dia menerima isterinya mempunyai teman lelaki dan tinggal sebumbung bersama mereka, lapor saluran berita Odditycentral semalam. 

Pengakuan itu dinyatakan oleh Prince Soy yang merupakan seorang cef dan penulis blog tempatan.

Menerusi platform X, Prince Soy berkata bahawa isterinya, Seira pulang ke Jepun selepas menghabiskan masa enam bulan belajar di luar negara pada 8 Julai lalu. 

Lebih mengejutkan, Seira pulang ke rumah bersama teman lelaki baharunya yang akan tinggal bersama mereka. 

“Isteri saya belajar di luar negara dan mempunyai teman lelaki baru dan akan kembali ke Jepun bersama-sama. 

“Dia akan tinggal bersama kami,” kata Prince Soy sambil menambah, dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

Menurut Prince Soy, Seira memulakan pengajian pada Januari lalu dan mengaku mempunyai teman lelaki lain pada Mei lepas. 

Kata Prince Soy, dia menerima dengan hati yang terbuka kerana mereka memutuskan untuk menjalinkan hubungan terbuka sebelum ini.

“Saya berterima kasih kepadanya (teman lelaki) kerana menyokong isteri saya semasa dia mengalami kesukaran di luar negara,” kata Prince Soy. 

Perkongsian itu menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada netizen. 

“Mengapa anda memaafkan isteri anda kerana melakukan apa sahaja yang dia mahu?,” kata seorang netizen. 

“Pertama sekali, perkataan ‘maafkan’ adalah salah. Isteri saya tidak melakukan kesalahan. Saya suka melihat dia bertindak mementingkan diri sendiri, melakukan apa sahaja yang dia mahu. Isteri yang tidak mementingkan diri sendiri tidak menarik bagi saya,” jawab Prince Soy. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI