fbpx

MOTAC sasar 35.6 juta pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan ketibaan seramai 35.6 juta pelancong dengan jangkaan pendapatan pelancongan sebanyak RM147.1 bilion bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata, dalam usaha mencapai sasaran dan memperkasakan industri pelancongan ke arah itu, kementerian menerusi Tourism Malaysia secara proaktif mempergiat aktiviti-aktiviti mempromosi pelancongan melalui pelbagai pendekatan.

“Antaranya, memfokuskan kepada sasaran utama yang menyumbang kepada jumlah kedatangan pelancong asing seperti negara Asia, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Timur untuk pulangan pelaburan yang pantas.

“Menggiatkan aktiviti promosi pelancongan menerusi platform digital dan media sosial, ‘joint promotion’, ‘roadshow’, gerakan pelancongan, pameran pelancongan, seminar serta aktiviti-aktiviti perhubungan awam dipasaran antarabangsa.

“Seterusnya adalah memanfaatkan kemudahan yang dilaksanakan kerajaaan dengan mempergiatkan usaha menarik lebih ramai pelancong asing khususnya dari China dan India,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Jelasnya lagi,antara usaha lain termasuk membangunkan produk pelancongan minat khas dan berimpak tinggi seperti perkahwinan, kesihatan, sukan dan eko-pelancongan.

Tambahnya lagi, negara menerima 11.8 juta pelancong asing dari Januari sehingga Jun tahun ini, dengan peningkatan 28.9 peratus berbanding tahun lalu dan perbelanjaan oleh pelancong itu merekodkan peningkatan sebanyak 50.8 peratus kepada RM 45.4 bilion.

“Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia bagi suku pertama 2024 bilangan pelawat domestik seramai 58.6 juta dengan perbelanjaan sebanyak RM 24.1 bilion iaitu peningkatan sebanyak 19 peratus dan 25.3 peratus masing-masing, berbanding tempoh sama 2023,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI