WASHINGTON – Manusia akan menjalinkan hubungan romantik dan berkahwin dengan robot di masa hadapan, demikian menurut seorang ahli falsafah seperti laporan portal berita Daily Star kelmarin.
Pandangan ahli falsafah berkenaan, Nick Bostrom mendapat sokongan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dan pemilik syarikat SpaceX, Elon Musk.
Walaupun dianggap pelik pada hari ini, hubungan sedemikian akan menjadi norma baharu untuk generasi muda.
Bostrom, 51, yang merupakan penulis buku berjudul Superintelligence: Paths, Dangers, Strategie berkata, kita tidak perlu takut dengan masa depan yang dikuasai teknologi kepintaran buatan (AI).
Katanya, kebanyakan manusia tidak akan mempunyai pekerjaan pada masa hadapan apabila AI digunakan secara meluas.
“Apabila AI berjaya, robot menjadi penting kerana ia bukan hanya menggantikan tenaga kerja teknikal tetapi pekerja manusia,” katanya.- AGENSI