fbpx

Lelaki ‘mati hidup semula’ meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Drew pernah koma selama 244 hari dan mengalami keadaan mati otak. – Go Fund Me

JACKSONVILLE, FLORIDA – Seorang lelaki di negeri Florida maut dilanggar oleh sebuah trak pikap, beberapa tahun selepas dia tersedar daripada koma setelah berada di ambang kematian, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Drew Kohn, 30, terlibat dalam nahas motosikal pada 2017, menyebabkan dia koma selama 244 hari dan mengalami kecederaan otak yang teruk.

Meskipun mengalami keadaan mati otak untuk seketika, Drew kembali sedar selepas lapan bulan kemudian.

“Doktor meminta untuk mengambil organnya. Disebabkan keyakinan, saya mempunyai keberanian untuk menolak permintaan tersebut,” kata ibu Drew, Yolanda Osborne-Kohn.

Selepas bertahun-tahun menjalani pemulihan, Drew mampu berjalan semula namun, dia dilanggar oleh trak pikap pada Jumaat lalu ketika berjalan di Collins Road, Jacksonville sekitar pukul 5.30 pagi (waktu tempatan), kata Pejabat Syerif Jacksonville.

Drew disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, lapor saluran berita WLTV-TV.

Sementara itu, Yolanda berkata, meskipun sedih, dia bersyukur kerana diberi peluang kedua selama beberapa tahun untuk hidup bersama anaknya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI