fbpx

Keselamatan siber negara lemah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika melawat ruang pameran selepas melancarkan Bulan Keselamatan Negara 2024 di PICC, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Aspek keselamatan siber harus diberi penekanan drastik memandangkan Malaysia masih di tahap lemah berbanding negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberi keutamaan serta tumpuan tindakan selain menyediakan latihan kepakaran serta menjalin hubungan bersama syarikat siber untuk dimanfaatkan.

“Kita telah memperkenalkan undang-undang keselamatan siber. Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Menteri Digital memberi tumpuan (pelesenan baharu pengendali media sosial) menjamin supaya keselamatan itu untuk rakyat dalam dan luar negara.

“Ini memerlukan tindakan agak tegas untuk mengawal (keselamatan siber),” katanya ketika berucap merasmikan Bulan Keselamatan Siber Negara 2024, di sini hari ini.

Anwar juga menepis dakwaan oleh sesetengah pihak yang menyatakan tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang dan pelesenan baharu buat pengendali media sosial adalah bagi mengekang kebebasan bersuara.

Perdana Menteri berkata, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan semua pihak boleh menyuarakan sebarang pandangan atau teguran.

Namun, Anwar berkata, adalah salah bagi sesiapa yang menggunakan media sosial bagi tujuan yang membawa kepada kemudaratan serta mengancam keselamatan pengguna lain.

“Urusan digital dan media sosial digunakan untuk mendera orang sehingga menyebabkan bunuh diri, salah guna memperalatkan anak-anak kecil untuk urusan dagang seks, apakah ini diwajarkan?

“Jenayah scam juga telah mencecah lebih RM2.5 bilion orang ditipu melalui kemudahan media sosial. Apabila kita kata harus sekat, dia kata jangan sekat kebebasan, apakah kebebasan itu boleh menipu, mencuri, medera orang sehingga orang bunuh diri.

“Hal ini harus difahami rakyat kerana dalam soal keselamatan diri, harga maruah diri mesti diberi keutamaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI