fbpx

Kes noda ‘suka sama suka’ meningkat di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Kes rogol membabitkan remaja bawah umur berusia 18 tahun ke bawah di negeri ini didapati meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 13 kes direkodkan sehingga bulan lepas, berbanding 11 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kes-kes tersebut meliputi kategori ‘suka sama suka’ dan terpedaya dengan pujukan teman lelaki.

“Jika dilihat secara keseluruhan termasuk kes rogol yang turut melibatkan kekerasan, kadar itu adalah masih rendah iaitu sekitar 15 kes bagi tempoh enam bulan untuk tahun ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini hari ini.

MUHAMMAD (tengah) bergambar bersama warga polis Perlis selepas Perhimpunan Bulanan IPK Perlis di Kangar, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, kebanyakan kes yang direkodkan itu juga berlaku dalam kawasan Kangar dan beberapa tindakan telah diambil berhubung perkara tersebut.

Katanya, majoriti kes rogol yang direkodkan berlaku itu membabitkan pelajar sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Berikutan itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh polis antaranya dengan mengadakan ceramah-ceramah di sekolah, hebahan melalui rondaan Skuad Aman Wanita (Amanita) dan media sosial bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang jenayah rogol ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI