fbpx

KBS bincang dengan kerajaan negeri anjur Sukan SEA 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah ketika sesi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini. - FOTO JAPEN.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang menganjurkan Sukan SEA secara kerjasama strategik bersama kerajaan negeri terlibat sebagai penganjur bersama.

Menterinya, Hannah Yeoh bagaimanapun berkata, keputusan berhubung perkara tersebut akan diputuskan oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira semua aspek berkaitan termasuk kesan terhadap ekonomi negara.

“Inisiatif ini akan memberi peluang kepada negeri-negeri menyemarakkan pembangunan sukan, membangunkan industri sukan setempat dan merancakkan pembudayaan sukan.

“Berdasarkan rekod penganjuran Sukan SEA 2017 yang lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM550 juta dan jumlah sebenar selepas penajaan, jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak RM687 juta,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Katanya lagi, untuk itu satu sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan melibatkan kerajaan negeri dan badan korporat diadakan pada 6 Jun lalu bagi meneliti cadangan penganjuran Sukan SEA 2027.

“Sehingga kini, beberapa kerajaan negeri telah bersetuju menyediakan peruntukan RM465 juta antaranya daripada Sarawak yang menawarkan peruntukan RM357 juta, lebih daripada 50 peratus untuk penganjuran 18 jenis sukan untuk Sukan SEA dan lapan jenis sukan bagi Para Asia.

“Sabah pula bersetuju dengan peruntukan RM1.528 juta bagi pengelolaan 11 jenis sukan untuk Sukan SEA dan empat jenis sukan bagi Para Asia.

Tambah Hannah lagi, antara negeri lain yang bersetuju untuk penganjuran bersama termasuk Pulau Pinang yang memperuntukkan RM15 juta bagi penganjuran sukan billiard.

“Untuk itu, kerajaan Persekutuan perlu memperuntukkan lebih kurang RM235 juta dan ini merupakan penjimatan besar untuk kerajaan Persekutuan.

“Berdasarkan anggaran itu, kos penganjuran Sukan SEA 2027 adalah sebanyak RM700 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI